Projek Buku

PROJEK
BUKU SUNTINGAN (EDITED BOOK)

Penilaian
Semula Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Pemugaran Bagi Masa Depan

 EDITOR:  Dzulkifli Abdul Razak,  Rosnani Hashim, Awang Sariyan

 

 Sinopsis

Buku ini berhasrat untuk menonjolkan kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan peranannya dalam menentukan halatuju Pendidikan di Malaysia dan di peringkat global, walaupun daripada pelbagai latarbelakang peradaban dan masyarakat.

 

Latar Belakang

Hala tuju pendidikan tinggi di seluruh dunia sedang mengalami perubahan akibat daripada globalisasi dan kesannya dapat dilihat dalam liberalisasi ekonomi, pengantarabangsaan, penguasaan Bahasa Inggeris dan pengujian dan ranking di peringkat antarabangsa.Ini membuka ruang dan peluang untuk kefahaman neoliberal bertapak serta berpengaruh dengan lebih luas dalam segala bidang.  Kini kualiti dan kecemerlangan pendidikan diukur menggunakan petunjuk prestasi dalam domain pengajaran, penerbitan, penyelidikan dan antarabangsa yang kemudian diiktiraf oleh agensi-agensi penarafan antarabangsa yang tertentu, termasuk mereka yang berkepentingan komersil untuk mengaut keuntungan. Pengantarabangsaan  ditakrif sebegitu rupa sehingga  menyebabkan peningkatan jumlah pelajar antarabangsa di pasaran yang menguntungkan pihak mereka (berdasar kriteria yang mereka tetapkan) supaya universiti-universiti di seluruh dunia bersaing untuk pasaran yang sama dan kelangsungannya bergantung pada hal ini sebagai satu ciri kejayaan.  Ini bertembung dengan hakikat umum bahawa  kerajaan sesebuah negara itu tidak mempunyai kemampuan untuk bersaing dalam hal ini kerana kekurangan peruntukan khususnya universiti di dunia membangun. Selaras dengan ini diperkenalkan pula sistem penarafan (ranking) antarabangsa sebagai kerangka percaturannya yang kini mengikat banyak universiti termasuk di Malaysia sendiri. Akibatnya, universiti hari ini tertumpu pada meningkatkan kedudukannya dalam penarafan tertentu (yang nilai akademik diragukan) dan ketersebaran namanya yang bermaksud seolah-olah kuantiti serta mutu penerbitan dan geran penyelidikan menjadi sasaran mutlak mengatasi aktiviti utamanya iaitu pendidikan (termasuk pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan masyarakat setempat) yang sewajarnya menggerakkan kesedaran intelektual dan tanggungjawab universiti  terhadap umat manusia, justeru universiti ketandusan ruhnya.

Berlatarbelakangkan inilah maka buku ini dicadangkan kerana dalam konteks Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah digubal pada tahun 1987 bagi memberi hala tuju pendidikan yang sepatutnya menyeluruh, seimbang dan berdasarkan kepercayaan teguh kepada Tuhan bagi melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab untuk kesejahteraan diri, masyarakat, negara dan dunia.  Walau bagaimanapun, sejauh manakah FPK telah berjaya membimbing pendidikan atau telah digunakan sebagai panduan falsafah dalam Pendidikan Tinggi?  Sejauh manakah FPK bermanfaat kepada alam sejagat?  Adalah menjadi harapan bahawa perbincangan yang dikupas dalam buku ini akan membantu untuk mentransformasi Pendidikan Tinggi mencapai matlamat sebenar pendidikan, dengan UIAM sebagai model hidup yang boleh diketengahkan, dan dengan demikian, diharapkan Pendidikan Tinggi menemui semula ruhnya yang telah hilang itu. 

 

Tujuan

 Buku ini berhasrat untuk:

  • Memberikan satu analisis dan penilaian terhadap fungsi dan pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam memberi arah Pendidikan – umum dan tinggi, di
    Malaysia. 
  •  Menilai sejauh mana Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) berperanan sebagai panduan prinsip dan amalan-amalan pendidikan di Malaysia.
  • Meletakkan semula kedudukan pendidikan khususnya pendidikan tinggi supaya berharmoni dengan FPK untuk merealisasikan tanggungjawab sosial dan membangunkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  •  Memugar semula fungsi intelek pendidikan dan peranannya sebagai hati nurani sosial
    masyarakat dan komuniti.  
  •  Meningkatkan kesedaran masyarakat intelek seluruh dunia tentang kepentingan
    pengajian tinggi bagi kepimpinan dalam tanggungjawab sosial, penglibatan komuniti dan
    kesejahteraan masyarakat. 
  •  Memposisikan semula FPK sebagai asas bagi masa depan pendidikan, khususnya
    Pendidikan tinggi.
     

Buku ini mengandungi 23 bab yang dibahagikan kepada enam tema iaitu

  • Tema 1 – Konsep, sejarah dan peranan FPK
  • Tema 2 –  Amalan dan pengalaman bersama FPK
  • Tema 3 –  Cabaran terhadap pendidikan di millennium baharu
  • Tema 4 – Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan cabaran pendidikan masyarakat majmuk
  • Tema 5 – Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan impaknya pada pendidikan dan pembangunan
  • Tema 6 – Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Masa Depan

Sebelas bab daripada buku ini terdiri daripada kertas kerja yang telah dibentangkan pada  Seminar Pendidikan Berasaskan Nilai: Memperkasa Pendidikan Tinggi berteraskan
FPK
pada 15-16hb November 2018, sementara bakinya terdiri daripada pemikiran 12 orang penulis terpilih.  Tajuk-tajuk bab yang akan tulis mengikut tema disenaraikan dibawah.

 

ISI
KANDUNGAN BUKU

 

PENGENALAN
– Editor

 

PENDAHULUAN
– Tun Dr Mahathir Muhammad

 

TEMA 1:  KONSEP, SEJARAH DAN PERANAN FPK

 

1. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK): Sejarah Dan Matlamat 
(The National
Philosophy of Education: Its Genesis and Goals
)
Penulis:  Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid Wan Mohd Noordin
2. Kejayaan Dan Impak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Fpk)
Dalam Membentuk Pendidikan (Asas Dan Tinggi) Di Malaysia  
(The
Achievements and Impacts of the NPE in Shaping Education in Malaysia)

Penulis:  Prof Datuk Dr Sufean Hussin
3. Aspek Kesejagatan Dan Peradaban Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
Dalam Pendidikan Tinggi
(Universal and Civilizational Aspects of the NPE in Higher Education)Penulis: Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar
4. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sebagai Wahana Global Dan Antarabangsa
Penulis:  Prof Tan Sri Dato’ Dzulkifli A Razak

 

TEMA 2 –  AMALAN DAN PENGALAMAN PENDIDIKAN BERSAMA FPK

1. Pentadbiran Universiti Pra Dan Pasca FPK: Pengalaman Universiti Malaya (University governance pre and post FPK: The Univ of Malaya Experience)
Penulis: Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Konteks Institusi Pendidikan Swasta  (The NPE in the context of Private Education Institutions)
Penulis: Prof Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid
3. Pendidikan Seimbang Dan Harmonis: Pengalaman Univ Islam Antarabangsa Malaysia (A Balanced And Harmonised Education: The IIUM Experience)
Penulis:  Prof Dr Rosnani Hashim
4. Pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Pengalaman Di Peringkat Sekolah Dan Institusi Pengajian Tinggi  (The implementation of the NPE: Experiences in schools and higher education).
Penulis:  Dr Hayati Ismail (USIM)

 

TEMA 3 – CABARAN TERHADAP PENDIDIKAN PADA MILLENNIUM
BAHARU

1. Pendemokrasian Ilmu (Knowledge Democracy)
Penulis: Prof Dr Budd Hall
2. Autonomi Universiti Dalam Senario Global  (University
Autonomy in the Global Scene)
Penulis: Dr Hilligje van’t Land
3. Keupayaan Bertindakbalas Dalam Pendidikan (Responsability In Education)
Penulis: Dr. Betsan Martin
4. Pengaruh Pendidikan Berasaskan Neoliberalisme Dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)  (The influence of neoliberalism in education and the NPE)
Penulis:  Dr Wan Chang Da (IPPTN, USM)

 

TEMA 4 – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN CABARAN PENDIDIKAN MASYARAKAT MAJMUK

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Kontek Masyarakat Majmuk Di Malaysia: Cabaran Pendidikan Asas Masakini (The NPE in the context
of the diverse society in Malaysia: Challenges for Basic Education Today)
Penulis:  Dato’ Dr . Amin Senin
2. FPK, Keamanan Sejagat Dan Perpaduan Negara Dalam Konteks Sistem Pendidikan Majmuk Di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia (NPE, Global Peace and National Unity in the context of a plural education system in Institution of Higher Education in Malaysia)
Penulis:  Prof. Dr. Sivamurugan Pandian (USM)
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Sebagai Penyelesaian Pendidikan Pelbagai Aliran Di Malaysia (The NPE as a Solution to the Multiple Streams of Education in Malaysia)
Penulis:  Prof Dato Teo Kok Seong (UKM).

 

 

TEMA 5 –  FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN IMPAKNYA PADA PEMBANGUNAN SOSIAL

1. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dan Impak Kepada Perkembangan
Bahasa Malaysia   
(The NPE and the Development of the National Language)
Penulis:  Prof Dr Awang Sariyan (ISTAC, IIUM)
2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Konteks Akses Dan Ekuiti Dalam Pendidikan (The NPE in the context of Access and Equity in Education)
Penulis:  Prof. Dato Ahmad Murad Merican (USM
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dan Penduduk Asal: Ke Arah Pendidikan Yang Seimbang (The NPE and indigenous people: Toward a balanced education)
Penulis: Prof. Jayum Anak Jawan (UPM)
4. Impak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dalam Pembangunan Awam
(The impact of the NPE on Community Development)
Penulis:  Dato Denison Jayasuria (KITA, UKM)

 

TEMA 6 – FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MASA DEPAN

1. Konsep Al-Mizan: Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)  Dan Kelestarian Pendidikan Tinggi (The Concept Of Al-Mizan: Sustainability Of Higher Education)   
Penulis: Prof Madya Dr. Azman Ab Rahman (USIM)
2. Memacu Industri (IR 4.0) Dan Merubah Masyarakat: Menangani Keperluan Dan Cabaran Dalam Konteks FPK (Driving Industry And Transforming Society: Addressing The Needs And Challenges In Light Of FPK)
Penulis:  Prof.Madya Dr. Azidah Ziden (USM)
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Insaniversiti
(
NPE And The Humaniversity)
Penulis: James Campbell (AiU)
4. Jalan Ke Hadapan Bagi Pendidikan Di Malaysia (The way forward for education in Malaysia)
Penulis:  Prof Dzulkifli Abdul Razak (IIUM)

PENERBIT :  IIUM PRESS