Objektif

Objektif Seminar ini adalah untuk:

  • Memberikan satu analisis dan penilaian terhadap fungsi dan pencapaian Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam memberi arah Pendidikan – umum dan tinggi, di Malaysia.
  • Menilai sejauh mana FPK berperanan sebagai panduan prinsip dan amalan-amalan pendidikan di Malaysia dan sejagat.
  • Meletakkan semula kedudukan pendidikan termasuk pendidikan tinggi supaya berharmoni dengan FPK untuk menzahirkan tanggungjawab sosial dan membangunkan Pendidikan yang seimbang dan menyeluruh di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Memugar semula fungsi intelek pendidikan dan peranannya sebagai hati nurani dan akal budi insan dan umat manusia.
  • Meningkatkan kesedaran sosial masyarakat seluruh dunia tentang kepentingan pendidikan tinggi bagi kepemimpinan dalam tanggungjawab sosial, penglibatan sukarela demi mengekalkandan kesejahteraan masyarakat.
  • Meletakkan semula FPK sebagai asas utama bagi masa depan pendidikan, secara berterusan, menyeluruh dan bersepadu sehingga keperingkat pendidikan tinggi.