Latar Belakang

Group Photo

Perkembangan kontemporari dan masalah genting yang dihadapi umat Islam, khususnya di peringkat intelektual, merupakan cabaran kepada Islam. Masalah ini adalah disebabkan oleh situasi dalaman yang timbul dalam masyarakat Islam serta pengaruh luaran. Apabila dunia memasuki “Era Turbulensi dan Kegawatan”, ummat Islam menghadapi ancaman dalaman seperti kemunculan kumpulan militan dan aliran pemikiran mazhab yang cenderung mengabaikan doktrin-doktrin dan pandangan-pandangan agama arus perdana. Mereka berpendirian bahawa mereka berupaya melakukan perubahan-perubahan sosio-agama berdasarkan gambaran mereka sendiri terhadap pengertian masyarakat, budaya dan negara Islam. Di sudut yang berlawanan, muncul pula di sesetengah negara pemikiran sosial melampau yang dipelopori oleh golongan elit liberal dan  sekular yang mendokong pendirian anti-konservetif, dengan membawa panji-panji demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan individu, kebebasan bersuara, kesederhanaan dan rasionalisme.

Sementara itu, Ummat Islam juga menghadapi pelbagai ancaman luaran yang ditimbulkan oleh idea, budaya, agama dan gaya hidup luaran. Islam dan umat Islam telah menjadi sasaran utama kepada masalah  kemunduran, islamophobia dan prejudis etnik. Umat ​​Islam secara umumnya dilihat sebagai golongan yang cenderung kepada keganasan  dan Al-Qur’an dilihat sebagai sumber keganasan dan militan di seluruh dunia. Pasca 9/11, media dan lingkungan akademik Barat telah memberikan gambaran terhadap Islam dan ummat Islam mengikut perspektif serta kepentingan mereka, seperti “Islam Politik” “Islam Sufi”, “Islam Transnasional”, “Islam Sederhana”, “Islam Liberal”, “Islam Progresif “, ” Islam Feminis “,” Islam Sekular “, dll.

Melihat kepada realiti ini, usaha bersepadu untuk mecanangkan  alternatif intelektual Islam dalam ilmu dan pemikiran adalah amat penting dan begitu mendesak. Oleh itu, menjadi suatu keperluan bagi pemimpin -pemimpin Islam serta para ulama mempromosikan kefahaman yang tepat dan seimbang terhadap ajaran Islam. Tujuan utama persidangan ini adalah untuk mengenengahkan isu-isu kontemporari dalam Pemikiran Islam dan Perbandingan Agama, yang  melingkungi Ummat Islam, untuk merumuskan paradigma dan kaedah baru dalam menangani isu-isu tersebut, serta mencari cara yang berkesan untuk membuktikan dinamisme Islam dalam konteks masa kini, dan yang paling utama, untuk mengembalikan peranan tertinggi Islam dan ummat Islam dalam membina tamadun rabbani.

 


Objektif

1. Untuk meneliti secara kritis isu kontemporari yang mencabar pemikiran Islam serta Ilmu Perbandingan Agama melalui kanta holistik dan multidimensi.

2. Untuk mengulangi dinamisme Islam dalam menangani perubahan dan perkembangan.

3. Untuk merumuskan paradigma dan pandangan baru, serta menyelaraskan strategi, dari perspektif Islam, dalam menangani isu-isu kontemporari secara mendalam serta meluas.

4. Berfungsi sebagai platform untuk menghidupkan semula peranan kewartawanan dan intelektual Ummah berlandaskan prinsip-prinsp Islam dalam relaliti semasa.

5. Untuk merealisasikan perintah hubungan antara dan sesama agama, serta antara budaya yang dipromosikan oleh Islam sebagai cara yang bermakna untuk mencapai keamanan sejagat.

 


Tema-Tema

 

Islam and Other
Worldviews

Taṣawwuf (Sufism)

Philosophy

Aqīdah/Kalām
(Theology)

Firāq

Da‘wah

Intra faith
Relationship

Ethics

Interfaith Relationship

Modern Ideologies

Islam and Science

Comparative Religion

Gender Studies

Islam and Education

Islamic Law
and Jurisprudence

Islamic and Western
Approaches to Civilization

Scholarship
in
Religions

Islam and Education