Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) adalah sebuah program yang didedikasikan kepada semua kakitangan teknologi makmal yang terdiri daripada pegawai sains, penolong pegawai sains, dan kakitangan makmal di Universiti Awam di Malaysia. SKETMA pertama telah diadakan di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1993 dan sejak itu program dwi tahunan ini akan dianjurkan di IPTA terpilih di Malaysia.

Semasa SKETMA ke-15 yang diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari 28 hingga 30 Ogos 2023, semua IPTA yang menyertai telah bersetuju untuk mencalonkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai tuan rumah SKETMA ke-16 pada tahun 2025.

Bersesuaian dengan sambutan ulang tahun ke-25 Kulliyyah Sains (KOS) pada tahun 2025, kami dengan bangga menganjurkan Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) ke-16 kali ini.

  • Menyediakan landasan untuk kakitangan makmal, ahli teknologi, dan pegawai sains berkongsi pengalaman, pengetahuan, dan kemahiran mereka daripada pelbagai latar belakang dalam bidang penyelidikan saintifik, pengajaran, dan pembelajaran.

  • Menyerlahkan potensi diri dan kemahiran dari pengalaman sepanjang bertugas sebagai kakitangan makmal.

  • Membuka peluang jaringan antara kakitangan makmal, ahli teknologi, dan pegawai sains dari IPTA, IPTS, serta industri di peringkat kebangsaan.

  • Mempertingkatkan pembangunan kemahiran dan profesionalisma melalui perkongsian pembentangan atau metodologi penyelidikan.

  • Mewujudkan kerjasama antara disiplin dengan menggalakkan dialog antara pelbagai bidang sains dalam kalangan kakitangan bukan akademik untuk mempromosikan idea dan penyelesaian inovatif.

  • Mempromosikan UIAM sebagai institusi holistik dengan mengintegrasikan pendidikan, penyelidikan, dan khidmat komuniti untuk perubahan yang bermakna.
  • Bioteknologi
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Gunaan
  • Sains Marin
  • Sains Pertanian
  • Sains Kejuruteraan
  • Sains Kesihatan dan Perubatan
  • Pengurusan Makmal
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Makmal
  • Perkhidmatan Makmal Jana Pendapatan
  • Inovasi dan Rekabentuk Kreatif dimakmal
  • Lain-lain berkaitan pengendalian makmal